03 - 5523 6092 admin@denaihati.com

USAHASAMA DAN PROJEK DENAIHATI

youcanduit

MDeC – eUsahawan & eRezeki

Denaihati Network bekerjasama dengan Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDeC) untuk program pemasaran menggunakan Social Media untuk promosi program #YouCanDuit yang melibatkan eUsahawan dan eRezeki.

Program ini membantu orang ramai untuk menambah pendapatan harian dan dalam masa yang sama untuk memberi bantuan kepada pada usahawan untuk mengembangkan perniagaan mereka.

Ini adalah salah satu daripada program MDeC untuk mendigitalkan ekonomi rakyat dan Denaihati Network Sdn Bhd memberi perkhidmatan dalam mempromosikan dan menguruskan pemasaran social media untuk program ini.

media-sosial-adp

Media Sosial AdiPutra

Denaihati Network sedang menguruskan rangkaian media sosial untuk AdiPutra yang melibatkan pengurusan Facebook Fanpage, Twitter, Instagram dan Blog. Perancangan untuk pengurusan dan penggunaan rangkaian sosial media telah dibuat bersama-sama dengan Denaihati Network Sdn Bhd dan AdiPutra.

Sehingga hari ini, Denaihati Network Sdn Bhd telah membantu menaikkan likes Facebook fanpage AdiPutra sehingga 300% dalam tempoh 6 bulan selepas pengurusan oleh Denaihati Network Sdn Bhd.

Pengurusan yang baik untuk rangkaian Media Sosial memberikan impak yang besar kepada artis dan usahawan seperti AdiPutra.

media-sosial-mrf

Media Sosial Mira Filzah

Denaihati Network sedang menguruskan rangkaian media sosial untuk Mira Filzah yang melibatkan pengurusan Facebook Fanpage, Twitter dan Instagram. Perancangan untuk pengurusan dan penggunaan rangkaian sosial media telah dibuat bersama-sama dengan Denaihati Network Sdn Bhd dan Mira Filzah.

Sehingga hari ini, Denaihati Network Sdn Bhd telah membantu dalam penjenamaan dan pengurusan semula keseluruhan rangkaian sosial Media Mira Filzah.

Pengurusan yang baik untuk rangkaian Media Sosial memberikan impak yang besar kepada artis dan usahawan seperti Mira Filzah.

media-sosial-dazrin

Media Sosial Dazrin

Denaihati Network sedang menguruskan rangkaian media sosial untuk Dazrin yang melibatkan pengurusan Facebook Fanpage, Twitter dan Instagram. Perancangan untuk pengurusan dan penggunaan rangkaian sosial media telah dibuat bersama-sama dengan Denaihati Network Sdn Bhd dan Dazrin.

Projek pengurusan sosial media untuk Dazrin adalah untuk memastikan Facebook Fanpage beliau sentiasa mempunyai status yang terbaru dan melibatkan topik-topik yang telah dipersetujui.

usahasama-yeos

Usahasama Yeo’s Malaysia

Yeo Hiap Seng Malaysia (Yeo’s) telah bekerjasama dengan Denaihati Network sejak mereka mula-mula melibatkan diri dalam pemasaran sosial media. Sehingga kini, Denaihati Network dan Yeo’s telah bekerjasama dalam pelbagai projek dan program anjuran masing-masing.

Terbaru Denaihati Network menguruskan kempen penulisan artikel bersama rakan blogger untuk program Ramadan anjuran Yeo’s.

Usahasama yang telah diwujudkan sejak beberapa tahun ini telah membuahkan hasil yang membanggakan kedua-dua pihak.