03 - 5523 6092 admin@denaihati.com

EVENT DENAIHATI NETWORK

mdec-sbb-2016

MDeC Sepetang Bersama Blogger 2016

MDeC Sepetang Bersama Blogger 2016 telah diadakan pada hari Sabtu, 16hb April 2016 di Dewan Bunga Raya, Hotel Grand Campbell, Kuala lUmpur.

Pada tahun ini acara diadakan dengan konsep indoor dengan panel-panel jemputan seperti Ali Hanafiah, Hasrul Hassan dan Aqif Azizan untuk sesi forum pertama dan diikuti dengan AdiPutra, Abang Ensem dan Tuan Ismail Che Ani untuk sesi forum kedua.

Acara pada tahun ini telah dihadiri hampir 400 peserta dengan acara melibatkan pelbagai pihak seperti Upin Ipin, Norman Hakim & Memey sebagai duta produk Ephyra dan ramai lagi. Pihak MDeC telah menjadi penaja utama untuk majlis pada tahun ini.

Hashtag #SBB2016 dan #MDECSBB2016 telah digunakan untuk promosi dan telah mencapai sehingga 4 juta impression sepanjang tempoh majlis diadakan.

sbb-yeos-2015

Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2015

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2015 telah diadakan pada hari Sabtu, 13hb Jun 2015 di Kompleks Sukan Lasak Putrajaya. Atas pemintaan ramai, penganjur telah membuat konsep aktiviti luar pada kali ini. Panel-panel ternama seperti Aqif Azizan, blogger indonesia dan beberapa lagi blogger ternama berkongsi tips dan pengalaman dalam majlis SBB kali ini.

Tahun 2015 meneruskan kerjasama bersama syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2015. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network.

Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2015 kali juga dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2015. Hashtag rasmi untuk majlis ini adalah #SBB2015
#SBBYEOS2015.

seminar-buat-duit-aff-dgn-blog

Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog

“Seminar Buat Duit Affiliate Dengan Blog” telah diadakan pada 13 Disember 2014 bertempat di Dewan Kompleks Karangkraf, Seksyen 15, Shah Alam. Tujuan seminar “Buat Duit Affiliate dengan Blog” ini diadakan adalah untuk membuka minda bahawa sistem affiliate adalah salah satu cara menjana pendapatan online yang lumayan.

Antara panel yang telah berkongsi rahsia dan strategi buat duit affiliate dengan blog adalah:

  • Dato’ Hussamuddin – Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Media Karangkraf yang telah berjaya membina empayar dalam bidang penulisan dan percetakan.
  • Encik Titan – Telah menjana ribuan ringgit melalui program affiliate yang diusahakan melalui rangkaian blog beliau.
  • Prof Hariz – Mula menjejakkan kaki dalam dunia affiliate pada tahun 2014, tetapi beliau telah menjana ribuan ringgit dalam tempoh yang singkat.
  • Suhaimy (Shuth) – Merupakan seorang Internet Marketer yang mempunyai pengalaman mendalam dalam industri penulisan, beliau mempunyai platform jualan ebook tersendiri.
  • Zeo Unic – Beliau telah menjana puluhan ribu ringgit dari salah satu program affiliate tempatan. Pakar dalam pemasaran Affiliate menggunakan blog dan SEO.
  • Eizil – Salah seorang daripada Team Denaihati Network, mempunyai pengalaman blogging lebih 10 tahun dan menggunakan blog untuk menjalankan pelbagai program pemasaran.
sbb-2014

Sepetang Bersama Blogger & Yeo’s 2014

Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014 telah diadakan pada hari Sabtu, 8hb Mac 2014 di Saloma Bistro, Jalan Ampang. Atas pemintaan ramai, penganjur telah membawa top blogger Malaysia seperti Redmummy, Ben Ashaari, Shafie Bustan, Zarul Husin, Hazman Fadzil dan beberapa top blogger lain.

Tahun 2014 membuka lembaran baru yang ceria dengan persetujuan syarikat minuman terkenal Yeo Hiap Seng (Malaysia) Berhad untuk menjadi penaja utama majlis SBB2014. Ini merupakan penghargaan yang sangat besar kepada industri penulisan blog tanahair apabila jenama besar yang tersenarai di BSKL seperti Yeo’s sudi untuk bekerjasama dengan Denaihati Network.

Sebagai tanda terima kasih kepada penaja utama SBB2014 kali dinamakan sebagai Sepetang Bersama Blogger dan Yeo’s 2014. Hashtag rasmi untuk masjlis ini adalah #SBB2014
#SBBYEOS2014.

sbb-2013

Sepetang Bersama Blogger 2013

“Majlis Sepetang Bersama Blogger 2013” telah berlangsung di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya pada 26 Januari 2013. Majlis menggunakan hashtag #SBB2013 untuk sebaran di media sosial. Tujuan diadakan Majlis #SBB2013 anjuran oleh Denaihati Network ini adalah untuk:

  • Bersuaikenal dengan blogger-blogger Malaysia dan Blogger Indonesia.
  • Meraikan pembaca setia dan rakan blogger yang menyokong blog Denaihati.
  • Pertemuan berkongsi pengalaman bersama Top Blogger Malaysia seperti Beautifulnara, Amanz.my, Benashaari.com, Yuyu Zulaikha, Kujie2.com, Apesal.com dan ramai lagi.
  • Pelancaran blog baru Denaihati dan produk baru Denaihati.
  • Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh Rakan Denaihati Network.
  • Penyerahan hadiah iPhone 5 Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.

Para jemputan dihidangankan dengan mini forum oleh Blogger Malaysia dan Indonesia, hidangan Hi-Tea yang enak, hadiah seperti t-shirt Denaihati, car sticker Denaihati dan hadiah dari penaja, cabutan bertuah seperti pakej Kembara Muslim Kemboja, Gold Bar, Silver Bar dan lain-lain.

sepetang-bblogger-2012

Sepetang Bersama Blogger 2012

Majlis Sepetang Bersama Blogger 2012 diadakan bersama dengan Seminar WordPress pertama anjuran Akademi Denaihati. Tujuan penganjuran majlis ini adalah untuk :

  • Bersuaikenal dengan team Denaihati dan Founder Denaihati.
  • Meraikan pembaca setia dan Rakan Blogger yg menyokong blog Denaihati sehingga menang anugerah “Best of The Best Blog of The Year”.
  • Pertemuan untuk berkongsi pengalaman antara Blogger berpengalaman dan Blogger baru.
  • Pelancaran theme baru blog Denaihati, video pengenalan blog Denaihati dan aplikasi yang dihasilkan oleh team Denaihati.
  • Pelancaran beberapa blog baru yang diuruskan oleh team Denaihati.
  • Penyerahan cederahati kepada top 10 affiliate eQurban.com.
  • Penyerahan hadiah Gadget Impian kepada pemenang yang bertuah.

Majlis berlangsung pada 15 April 2012 di Hotel Singgahsana, Petaling Jaya, Selangor. Pebagai acara menarik telah diadakan dan berjaya mengumpulkan ramai blogger dari jauh dan dekat.

iftar-blogger-2014

Iftar Bersama Blogger 2014

Pihak Denaihati Network mengadakan majlis berbuka puasa yang sebelum ini diadakan di Hotel Singgahsana. Kali ini, selepas Sepetang Bersama Blogger 2014, majlis berbuka puasa kali ini seperti reunion kembali rakan blogger di Saloma Bistro Theatre & Restaurant, Kuala Lumpur anjuran bersama Al Ansar Health.

Kehadiran tetamu seramai 300 orang termasuk sekumpulan anak yatim dari Kompleks Kebajikan Rukaiyah Bangi, warga emas dari Rumah Warisan Kasih, Banting, Selangor, pihak media dan rakan blogger dari seluruh negara.

Pada IBB2014, ia merupakan tarikh bersejarah dimana satu MoU Sistem Affiliate Al Ansar Health telah dimeterai. Pihak Al Ansar Health menyediakan kemudahan khidmat kesihatan kepada masyarakat sekeliling, Jesteru pelbagai produk kesihatan telah dikeluarkan dan setiap jualan produk yang dilakukan akan mendapat komisyen.

seminar-buat-duit-dgn-blog

Seminar Buat Duit Dengan Blog

Seminar buat duit dengan Blog telah dianjurkan di Hotel Singgahsana pada 19 Mei 2013. Bertujuan untuk mengorek ilmu bagaimana buat duit dengan blog dengan berbagai teknik berdasarkan cerita benar daripada Blogger yang terpilih.

Lebih 220 orang peserta yang hadir dari pelbagai lokasi untuk menyertai seminar ini yang menampilkan ahli panel berkongsi ilmu . Ahli Panel Seminar Buat Duit Dengan Blog adalah :

  • Abang Ensem (Blogger Harta Tanah)
  • Ikhwan Nazri (CEO Amanz.my)
  • Md Hasrin Md Hassim (President Persatuan Remisier Bumiputera Malaysia)
  • Hilal Azmi (Blogger dan Wartawan Astro Awani)
  • Mohd Suhaimi (Founder WangCyber.com)
  • Ahmad Faizal (Blogger dan Cikgu)
  • Nisa Kay (Blogger dan Wartawan Amanz.my)
  • Rayyan Haries (Travel Blogger)
  • Ustaz Nur Efendi Hamid (Blogger dan Mudir Madrasah Tahfiz An Nuur)
  • Zarul Umbrella (The Singing Blogger)

Seminar buat duit dengan Blog telah berjaya membuka mata dan minda pelbagai lapisan orang bahawa membuat duit dari blog adalah sesuatu yang tidak mustahil. Seminar ini juga mendapat pelbagai sumbagan dari penaja utama Little Scarf Collectiondengan gabungan penaja Ummi Umairah, Ajwa Travel Sdn Bhd , Serverfreak Web Hosting dan eQurban.

Terdapat juga penaja hadiah cabutan bertuah seperti AE Consultancy, miGlobal Millionaires Network, Eizil Network, Ciklaili.com, Lensapujangga.com, Mindaaktif.com, Mindasyukri.com, Hazmanfadzil.com, Ejamothman.com, CS Holidays Sdn Bhd dan Ilham Resources.

ephyra-treasure-hunt-2014

Ephyra Treasure Hunt 2014

Aktiviti Treasure Hunt bersama Blogger anjuran Ephyra dengan kerjasama Denaihati Network. Seramai 28 orang blogger dan 7 buah kereta telah menyertai aktiviti Treasure Hunt ini.

Ephyra Treasure Hunt bermula pada jam 8.30 pagi di Puspanitapuri, Precint 10 Putrajaya dan setiap peserta perlu ke lokasi checkpoint di Taman Botani Putrajaya, tol exit Bangi, KLIA2 dan berakhir di tapak Karnival Jom Heboh di Putrajaya yang berlangsung ketika itu.

Sepanjang perjalanan dengan menaiki kereta ke destinasi yang telah ditetapkan, para peserta diberi tugasan-tugasan yang perlu dilaksanakan di setiap lokasi checkpoint. Antara tugasan yang diberi ialah mencari nama pokok, mengambil gambar ‘selfie’, merakam video bersama pelancong dan banyak lagi.

konvensyen-the-bidadari

Konvensyen The Bidadari 2014 dan School of Sahabah (Rakan Media)

Denaihati Network telah menjalin usahasama dengan iMuslim sebagai Rakan Media untuk majlis gilang-gemilang “The Bidadari 2014” yang diadakan untuk kesekian tahun.

The Bidadari 2014 disertai oleh 10 penceramah daripada pelbagai bidang. Selain 2 orang sebagai hos program dan 3 orang duta yang terdiri daripada wanita-wanita hebat dengan kelebihan masing-masing yang tersendiri.

Sepanjang 2 hari acara ini dijalankan, pihak Denaihati Network telah membuat liputan secara langsung. Setiap perkembangan terkini dalam majlis dikongsikan kepada orang ramai melalui blog Denaihati.com dan juga di laman media sosial milik Denaihat Network.

sembang-hartanah

Sembang Hartanah

Seminar Sembang Hartanah ini telah mempertemukan 3 orang pakar hartanah melayu yang berkongsi pentas untuk mengutarakan strategi pelaburan yang menjadi tunjang di dalam buku- buku hasil penulisan mereka. Mereka adalah:

  • Shamsuddin Kadir (Pakar Strategi Kewangan)
  • Saufi Karim (Pakar Pelaburan Hartanah Tanpa Modal)
  • Faizul Ridzuan (Pelabur dalam Unit Studio & SOHO)
  • Saiful Bahri (Registered Valuer and Estate Management , VE)

Perkongsian di dalam seminar pada 20 Julai 2013 di PKNS Bizpoint, seksyen 7 Shah Alam ini telah membawa lebih daripada 60 peserta telah menyahut semangat perjuangan bulan Ramadan menghadirkan diri untuk menimba ilmu hartanah dari panel-panel hebat yang telah dijemput.

Secara umumnya topik yang dibincangkan adalah perkongsian pengalaman dalam pelaburan hartanah iaitu strategi, ragam penyewa, pembelian hartanah, lokasi, menganalisa pelaburan dan lain-lain.