03 - 5523 6092 admin@denaihati.com

AKADEMI DENAIHATI

kelas-junior-wp

Kelas Junior WordPress

Denaihati Network juga mewujudkan Akademi Denaihati dan telah menganjurkan Kelas Junior WordPress di mana tujuan kelas ini diadakan untuk mengajar dan berkongsi ilmu pengetahuan asas dengan para blogger yang berminat untuk blogging menggunakan WordPress.

WordPress merupakan salah satu platform untuk blogging dan ianya adalah platform yang paling banyak digunakan oleh blogger – blogger ternama serata dunia sama ada di Malaysia, Indonesia mahupun di negara-negara yang lain.

Justeru itu, Denaihati Network mengambil inisiatif bagi memperkenalkan WordPress kepada blogger-blogger baru dan blogger lama serta menggalakkan mereka untuk menggunakan WordPress. Ini kerana WordPress telah terbukti merupakan platform blogging yang terbaik dan digunakan oleh ramai blogger yang hebat dan terkenal.

Namun, Kelas Junior WordPress ini telah dimansuhkan dan diganti dengan kelas WordPress Essentials yang merangkumi ilmu asas tentang WordPress serta beberapa tambahan perkongsian ilmu untuk para peserta kelas anjuran Akademi Denaihati ini.

kelas-wp-essentials

Kelas WordPress Essentials

Akademi Denaihati menganjurkan kelas WordPress Essentials ini bagi menggantikan kelas Junior WordPress. Di dalam kelas WordPress Essentials ini, para peserta / pelajar didedahkan dengan ilmu-ilmu asas tentang WordPress seperti cara mengendalikan “cPanel” dan cara-cara membina blog WordPress yang berkesan.

Di samping itu, sesi pembelajaran kelas WordPress Essentials ini juga ditambah dengan beberapa perkongsian teknik dan strategi blogging menggunakan platform WordPress, cara mempromosikan blog dan seterusnya menambah bilangan trafik.

Dengan menggunakan teknik-teknik dan strategi yang betul, blog yang dibangunkan akan menjadi lebih mesra pengunjung, berkesan dan akan memberi kelebihan menempatkan artikel- artikel yang ditulis ke dalam halaman enjin carian seperti Google.com, yahoo.com dan lain-lain.

Kelas WordPress Essentials ini amat sesuai bagi mereka yang baru berjinak-jinak menggunakan WordPress sebagai platform blogging dan sesuai juga bagi mereka yang ingin menambah pengetahuan asas dalam aktiviti blogging.

wp-master-class

WordPress Master Class

WordPress Master Class merupakan kelas yang diadakan bagi berkongsi mengenai pengurusan WordPress peringkat lanjutan, bagaimana membuat selenggaraan fail dan pangkalan data, teknik optimasi laman WordPress, bagaimana untuk menghadapi trafik yang banyak, penulisan SEO peringkat lanjutan dan lain-lain.

Kelas ini sesuai untuk mereka yang telah menggunakan WordPress sebagai platform blogging tetapi ingin mendalami lagi ilmu tentang WordPress bagi memastikan blog berada di tahap yang lebih baik.

Pembelajaran di dalam sesi WordPress Master Class ini kebanyakannya adalah ilmu-ilmu WordPress di tahap yang lebih ‘advanced’.

Di dalam kelas ini juga diajar bagaimana membina jenama blog menggunakan WordPress, perkara-perkara yang perlu dielakkan atau dilakukan sekiranya menggunakan WordPress, serta teknik rahsia pengguna WordPress yang jarang dikongsikan oleh blogger-blogger yang lain.

Untuk maklumat lanjut tentang kelas belajar buat blog WordPress boleh layari laman web rasmi Akademi Denaihati di http://akademi.denaihati.my

pemasaran-perniagaan-online

Pemasaran Perniagaan Online

Kelas Pemasaran Perniagaan Online ini memfokuskan bagaimana pengusaha perniagaan boleh membuat pemasaran menggunakan medium media sosial seperti Facebook dan Instagram.

Kelas ini disediakan untuk pengusaha perniagaan secara sambilan mahupun sepenuh masa. Teknik bagaimana menulis promosi secara halus dan ciri-ciri teknikal bagaimana mendapatkan sasaran pelanggan dikongsi dalam kelas ini.

Sosial Media seperti Facebook dan Instagram menjadi wacana penting dalam proses pemasaran atas talian di masa kini, selain menggunakan platform seperti blog, pemasaran di Facebook dan Instagram memberikan impak yang sangat positif.

Kelas Pemasaran Perniagaan Online ini adalah salah satu cara bagaimana pihak Akademi Denaihati menambah nilai dalam merancakkan lagi ekonomi setempat. Jual beli yang berlaku dalam platform Facebook setiap hari memang sangat besar jumlah dan mencecah jutaan ringgit.

prog-jana-pendapatanke2

Program Jana Pendapatan ke-2

Akademi Denaihati juga menawarkan program bimbingan bagaimana untuk menjana pendapatan ke-2 melalui pelbagai program. Antaranya adalah program penjanaan pendapatan melalui sistem Affiliate, program pengiklanan dan beberapa lagi program.

Akademi Denaihati juga ada menyediakan program bimbingan perniagaan, di mana para peserta akan dibimbing bagaimana untuk menjalankan perniagaan menggunakan platform yang telah dipilih. Dalam program bimbingan ini, peserta yang tidak mempunyai pengalaman berniaga akan diajar langkah demi langkah untuk mencapai keuntungan daripada perniagaan mereka.

Sehingga hari ini, sudah ramai peserta program ini yang telah berjaya menambah pendapatan tambahan untuk keperluan harian, mingguan mahupun bulanan mereka. Bahkan ada juga yang menjadikan kegiatan perniagaan yang mereka pelajari sebagai sumber pendapatan utama mereka di masa ini.