03 - 5523 6092 admin@denaihati.com

PENGENALAN DENAIHATI NETWORK

Denaihati Network bermula daripada sebuah blog peribadi yang dibangunkan pada Julai 2008. Pada waktu itu menggunakan platform percuma, Blogspot sebelum berpindah ke platform WordPress dan webhosting berbayar dengan nama domain Denaihati.com.

Blog peribadi Denaihati.com kini semakin berkembang dan dikenali dengan pelbagai artikel tentang pelbagai cerita seperti kisah kehidupan, dunia gadget, perkongsian ilmu membuat blog, tips blogging, cara menjana wang dengan blog, bercerita tentang Islam dan pengalaman kembara serata dunia.

Denaihati Network merupakan satu platform yang disediakan buat penulis blog khususnya di Malaysia dan Nusantara untuk berkumpul dan bertukar-tukar pendapat di samping merapatkan ukhuwah antara satu sama lain.

Denaihati Network telah membangunkan aplikasi telefon pintar Android dan iOS yang kini boleh dimuat turun di Google Play Store dan Apple Store bagi memudahkan pelawat membaca artikel blog yang terkini. Denaihati Network juga telah membangunkan “Plugin Waktu Solat” untuk digunakan oleh rakan blogger di blog mereka.

TEAM DENAIHATI NETWORK

 

Pada tahun 2014, Denaihati Network Sdn Bhd telah mengembangkan sayap dan memulakan kerjasama dengan beberapa orang rakan blogger yang bertanggungjawab melaksanakan segala tugas mengikut bidang dan kepakaran masing-masing. Kini Denaihati Network diusahakan bersama dalam kumpulan seramai 6 orang.

DENAIHATI.COMDENAI.MY ♦ EIZIL.COM ♦ SHAKIDDO.COM ♦ SANTAPANMINDA.COM ♦ ASAMBOI.MY ♦

Kerjasama ini bagi memastikan segala perjalanan kerja dan aktiviti-aktiviti daripada Denaihati Network dapat berjalan dengan lancar. Pengalaman demi pengalaman dikongsi bersama dalam menjayakan sesuatu projek daripada sekecil aktiviti atas talian sehinggalah kepada majlis-majlis besar yang gilang gemilang.

AMIR HASSAN

AMIR HASSAN

PENGASAS DENAIHATI NETWORK, merupakan pemilik blog Denaihati.com dan juga Denai.my

RAIYAN MOHD AMIN

RAIYAN MOHD AMIN

PENGATURCARA LAMAN SESAWANG DAN APLIKASI, bertanggungjawab menguruskan laman sesawang.

HADIHAIZIL DIN

HADIHAIZIL DIN

PENGURUS BESAR DENAIHATI NETWORK, merupakan pemilik blog Eizil.com

HISYAMUDIN FADZIL

HISYAMUDIN FADZIL

PENGURUS PEMASARAN & PERHUBUNGAN AWAM, mengendalikan hal-hal pemasaran syarikat Denaihati Network

SYAHRIL SHARIP

SYAHRIL SHARIP

PENGURUS MEDIA SOSIAL, bertanggungjawab menguruskan laman media sosial milik Denaihati Network

VISI, MISI DAN MATLAMAT

VISI SYARIKAT

Untuk terus unggul sebagai institusi yang menawarkan perkhidmatan profesional dalam bidang pengiklanan secara online dan pengurusan blog yang memenuhi kepuasan pelanggan dan tanggungjawab sosial.

MISI SYARIKAT

Menyediakan perkhidmatan yang berkualiti, pantas dan fleksibel bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan sebanyak 100%.

MATLAMAT SYARIKAT

Matlamat ataupun objektif utama syarikat adalah:

  • Berurusan dengan lebih efisien dan profesional terhadap para pelanggan.
  • Pengendalian segala urusan mengikut tatacara syarikat menerusi etika kerja dan penggarapan nilai murni di antara syarikat dan para pelanggan.
  • Membekalkan perkhidmatan berkualiti dengan menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum.
  • Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku agar mutu perkhidmatan dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.